PUTRAJAYA, 22 Feb 2024-Perak SADC sekali lagi memenangi
Anugerah Perak dalam Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2023
selepas penglibatan pertama kali pada tahun 2022 yang diadakan di Perbadanan
Putrajaya, hari ini. Anugerah penghargaan ini merupakan anjuran Institut
Integriti Malaysia (IIM) yang terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta
yang beroperasi di seluruh negara sama ada di peringkat Persekutuan mahupun
Negeri.
Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) juga
merupakan satu anugerah yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada
organisasi yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti
dan tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC, Encik Mohd Azhar Bin Mohd
Yusof telah hadir mewakili YBhg. Ketua Pegawai Perak SADC, Dato’ Haji Yahanis
Bin Yahya ke penyampaian anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif IIM YBhg. Datuk Nor Yahati Binti Awang. Hadir sama Pn Harnieza Binti
Haji Ahmad, Penolong Pengurus Kanan merangkap ketua Unit Integriti &
Governans Perak SADC.
