SUBANG, 4 Jun-Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, YBhg. Dato’ Haji Yahanis Yahya beserta pengurusan kanan Perak SADC telah mengadakan satu lawatan kerja ke syarikat NANKA Sdn Bhd yang terlibat dalam teknologi pemprosesan makanan, semalam. NANKA merupakan syarikat teknologi makanan yang memberi tumpuan terhadap alternatif dalam menghasilkan produk daging berasaskan tumbuhan. Syarikat ini terarah kepada pengeluaran makanan mampan yang memenuhi keperluan kesihatan manusia, kebajikan haiwan dan persekitaran hijau.

Setakat ini, pihak NANKA telah menghasilkan produk alternatif kepada daging berasakan buah Nangka sebagai ramuan utama yang sesuai untuk pengguna yang mengamalkan diet atau tidak makan makanan berasaskan daging haiwan (vegetarian). Turut hadir Encik Mohd Kahar bin Mukktarudin, Ketua Pegawai Operasi Perak SADC dan Encik Asrol Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Strategik Perak SADC.

Perak SADC Adakan Lawatan Ke Syarikat NANKA