LENGGONG, 6 Jun 2024- YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Usahawan Kampung dan Penerima Bantuan Baikpulih Rumah Serta Bina Baru Rumah di bawah pelaksanaan program PROSPEK Lenggong yang diadakan di Perkarangan Dewan Paksu Zali, Lenggong, hari ini.
Program PROSPEK merupakan inisiatif di bawah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) manakala Perak SADC diberi peranan
sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan program tersebut. Dalam majlis
tersebut, seramai 21 orang penerima yang terdiri dari usahawan telah menerima
bantuan tersebut yang berjumlah RM44,025. Selain itu, seramai 29 keluarga pula
menerima bantuan baikpulih rumah dan bina baru membabitkan peruntukan
keseluruhan bernilai RM328,914.24.
Program bantuan ini dilihat penting dalam
memperkasakan sosioekonomi rakyat negeri Perak khususnya di daerah Lenggong
selain dari membantu menaiktaraf rumah penduduk kampung yang memerlukan.
Hadir sama YDH Toh Shah Bandar Ulu, Dato' Tarmizi
Haji Idris; YBhg. Dato' Haji Yahanis bin Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Perak
SADC; Encik Jagathisvaran a/l Ramachandran, Penolong Pengarah (Pengurusan
Projek) KKDW Negeri Perak; Tuan Mohd Nor Azam bin Ismail, Ketua Penolong
Pegawai Daerah Lenggong & En Mohd Kahar Mukktaruddin, Ketua Pegawai Operasi
Perak SADC.
