MANJUNG, 10 Jun 2024-YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah membentangkan prestasi Pelan Perak Sejahtera 2030 sempena penganjuran Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, hari ini.

Dalam pembentangan tersebut, YAB Menteri Besar Perak telah menggariskan kemajuan semasa & kejayaan yang telah dicapai dalam setiap agenda Perak Sejahtera 2030. Menerusi ucapannya, beliau turut menyebut usaha yang telah dilaksanakan oleh Perak SADC dalam agenda sekuriti makanan khususnya terhadap projek pembangunan Perak Halal Industrial Park (Perak HIP) yang menjadi nadi ekonomi baru selain berperanan sebagai platform bagi pengusaha dan pemilik perniagaan halal untuk memasarkan produk ke pasaran global.

Dalam pada itu, Perak SADC juga turut menyumbang seekor lembu KK Cross bagi hadiah utama cabutan bersempena Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030. Menteri Besar juga turut berkesempatan berkunjung ke ruang pameran Agenda 1: Sekuriti Makanan yang diterajui oleh Perak SADC bersama-sama dengan agensi seperti Jabatan Pertanian, FAMA, Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Pertubuhan Peladangan , LKIM dan MARDI.

Selain itu, YAB Dato’ Saarani turut sama menyantuni pengunjung bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, YBhg. Dato’ Yahanis Yahya dengan menyertai Jualan Pek Rahmah Perak SADC yang mengandungi 10 kilo beras, sekilo daging, seekor ayam dan 30 biji telur bernilai RM50 serta Jualan Rahmah Daging Segar oleh Dato Jamal Abdillah dan jualan ayam dan telur harga rahmah di gerai jualan Perak SADC.

Semoga usaha Perak SADC untuk menjadi pemacu sekuriti makanan di negeri Perak terus berkembang dan jangkauan manfaatnya dinikmati seluruh rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, turut diadakan program Hari Bertemu Pelanggan 2024 siri 4 yang turut dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri dan Ketua- Ketua Jabatan bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5 petang.

Perak SADC Anjur Jualan Rahmah Sempena Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030