IPOH 12 Jun 2024 - Satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Exco/ Jabatan/ Agensi Angkat sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXVI Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad di Foyer Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

 

Dalam majlis tersebut, Perak SADC yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Encik Kahar bin Mukkhtarudin mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC telah menerima watikah sebagai agensi angkat bagi sukan golf dan lawn ball yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak.

 

Seramai 25 orang yang terdiri daripada sembilan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, lima wakil jabatan dan agensi negeri serta 11 Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negeri (MSN) turut bersama dilantik bagi membantu atlet dalam pelbagai sukan SUKMA XXI 2024 Sarawak.

Selain itu, majlis hari ini juga bertujuan menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak di atas jasa dan pengorbanan atlet-atlet, penggiat-penggiat sukan dan persatuan-persatuan sukan negeri Perak di atas perkhidmatan serta kepimpinan ke arah kemajuan sukan negeri Perak dalam persediaan menyertai temasya SUKMA kali ini.

 

Hadir sama, YB Setiausaha Negeri Perak ; Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim ; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin Serta Barisan Exco Kerajaan negeri Perak.

 

Semoga dengan usaha pelantikan ini dapat membantu bahagian pengurusan sukan serta Sekretariat SUKMA bagi menambah baik operasi dan menguruskan organisasi sukan dengan cekap dan berkesan seterusnya membawa hasil kejayaan kepada negeri Perak tercinta ini. Selamat Maju jaya buat pasukan negeri Perak!


Perak SADC Dilantik Agensi Angkat Pasukan SUKMA Perak
Perak SADC Dilantik Agensi Angkat Pasukan SUKMA Perak
Perak SADC Dilantik Agensi Angkat Pasukan SUKMA Perak