Pasukan Golf Negeri Perak terutamanya kategori Wanita Berpasukan, mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih Pingat EMAS di Temasya Sukan SUKMA XXI Sarawak. Pasukan tersebut telah dibarisi oleh Siti Nur Husna Aina binti Abd Karim Nast, Wang Xin Yao, Nurul Adawiyah binti Abdul Jalil Nur dan Diana Syafiqah binti Abdullah.

Selain itu, 3 pingat lagi telah dipungut oleh Wan Xin Yao yang berjaya merangkul pingat Perak bagi acara individu Wanita, Andrew Yap Yung Cheng yang merangkul pingat gangsa bagi acara individu lelaki dan pingat Gangsa yang berjaya dirangkul oleh acara Berpasukan Lelaki.

Temasya SUKMA pada kali memperlihat Perak SADC telah diberi mandat untuk menjadi agensi angkat bagi sukan golf dalam menjaga aspek kebajikan pemain. Pencapaian ini membuktikan dedikasi, kemahiran, dan semangat juang yang tinggi daripada para atlet kita.
Dalam perkembangan berkaitan, acara golg tersebut turut menerima kehadiran istimewa delegasi kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad serta barisan Ex-Officio dan YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, bersama-sama barisan pengurusan Perak SADC.

Kehadiran delegasi negeri Perak ini bukan sahaja memberi sokongan moral kepada pasukan Golf Negeri Perak, tetapi juga mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memartabatkan sukan dan memupuk semangat kesukanan di kalangan belia Perak.

Pasukan Golf Negeri Perak Rangkul 4 Pingat Di SUKMA
Pasukan Golf Negeri Perak Rangkul 4 Pingat Di SUKMA
Pasukan Golf Negeri Perak Rangkul 4 Pingat Di SUKMA
Pasukan Golf Negeri Perak Rangkul 4 Pingat Di SUKMA