Ipoh, 28 Ogos 2024 - Pihak pengurusan Perak SADC hari ini telah meluangkan masa bagi menghadiri sesi persiapan akhir Kontinjen Kawad Perak SADC sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada 53 orang kakitangan yang akan menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 peringkat Negeri Perak.

Dalam acara tersebut, pihak pengurusan Perak SADC memberikan dan menyuntik kata-kata semangat dan iltizam kepada kontinjen kawad Perak SADC untuk terus berdisiplin dan fokus semasa hari perbarisan nanti yang bukan hanya untuk menyertai perbarisan semata-mata, tetapi membawa kejayaan sebagai kontinjen terbaik dalam sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini. Semoga perbarisan pada Hari Kemerdekaan nanti akan berjalan dengan lancar dan mencipta satu kenangan serta kemenangan bermakna kepada Perak SADC sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.


Pengurusan Perak SADC Tiup Kata-Kata Semangat Kontinjen Kawad Perak SADC
Pengurusan Perak SADC Tiup Kata-Kata Semangat Kontinjen Kawad Perak SADC
Pengurusan Perak SADC Tiup Kata-Kata Semangat Kontinjen Kawad Perak SADC