IPOH, 31 Ogos 2024 - Kontinjen Kawad Perak SADC telah dinobat sebagai Johan dalam acara Perbarisan & Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Kejayaan ini merupakan usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh 53 orang peserta kawad dalam usaha membawa kemenangan sulung buat Perak SADC.
Sesi penyampaian hadiah kemenangan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang juga sudi berangkat bagi menyaksikan dan menyempurnakan Sambutan Hari kebangsaan ke 67 Peringkat Negeri Perak.
Turut berangkat mengiringi baginda, Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak,
Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, DYAM Raja DiHilir Perak, Raja
Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, DYAM Raja Puan
Muda Perak, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah & Raja
Kecil Sulong Perak.
Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh YAB Menteri
Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad & isteri Datin Seri Aezer
Zubin.
Dalam acara sambutan tersebut, baginda telah dipersembahkan
dengan pelbagai persembahan antaranya dari Jabatan Kebudayaan Negeri Perak,
persembahan nyanyian lagu patriotik serta perarakan dari agensi kerajaan, badan
berkanun, institusi pendidikan, pihak swasta dan juga aset pertahanan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
