Sejak Januari hingga Ogos 2024, program jualan itu telah menjelajah ke 159 lokasi diseluruh negeri Perak, memberi manfaat kepada 21,953 penerima dengan subsidi berjumlah RM1.01 juta. Penambahan lori baru ini dijangka dapat memperluaskan lagi jangkauan program, membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar menikmati harga barangan keperluan yang lebih berpatutan, termasuk beras, minyak masak, dan ayam segar yang dijual dengan diskaun sehingga 20 peratus daripada harga pasaran.
Kerjasama antara Perak SADC dan YBUDR ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen untuk menyokong usaha kerajaan negeri terhadap Pelan Perak Sejahtera 2030, dibawah flagship Lembah Bakul Makanan yang mengutamakan agenda Sekuriti Makanan untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan berpatutan dapat disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan.
