MANJUNG, 6 September 2024 - Pengurusan kanan Perak SADC telah mengadakan satu lawatan kerja ke Lumut Port & Kilang Dinding Poultry, Manjung Perak bagi tujuan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan melihat secara dekat pembangunan Lumut Port, Manjung, hari ini.
Delegasi Perak SADC ketika sesi kunjungan hormat di Lumut Port telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Operasi Lumut Port, Tuan Mohd Rusly Tamsir dan Ketua Pegawai Kewangan Lumut Port, Mohd Hidayatullah Mohamed Yusof.
Lumut Port merupakan anak Syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan terminal kargo dan pelabuhan di Perak.
Selain itu, pihak pengurusan juga mengadakan lawatan ke Kompleks Malayan Flour Mills, Batu Undan & Dinding Poultry Processing Plant (DPP). Ketika kunjungan itu, delegasi Perak SADC turut disambut oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Malayan Flour Mills Berhad, Tuan Teh Wee Chye.
Dinding Poultry merupakan syarikat usahasama Perak SADC yang terlibat dalam penternakan ayam.
Semoga dengan lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan baik kedua-dua pihak dan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan untuk pembangunan ekonomi negeri Perak.

Lawatan Pengurusan Kanan Perak SADC Ke Lumut Port & Kilang Dinding Poultry, Manjung
Lawatan Pengurusan Kanan Perak SADC Ke Lumut Port & Kilang Dinding Poultry, Manjung
Lawatan Pengurusan Kanan Perak SADC Ke Lumut Port & Kilang Dinding Poultry, Manjung