Perak SADC telah dijemput bagi menghadiri Majlis Apresiasi & Graduasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya yang telah berlangsung di Villa Chinta Zara, Manjoi, Ipoh, semalam.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Razali B. Abdul Wahab, Penyelaras 3PK (Intervensi) Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Perak SADC pula telah diwakili oleh Tuan Syed Aris bin Syed Akmal Beg, Pengurus Unit Pengurusan Projek Sosial.

Jemputan khas kepada Perak SADC ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan Perak SADC yang telah memberi sumbangan dalam membantu pihak sekolah menaik taraf kawasan menjadi lapangan laman landskap. Sumbangan ini merupakan satu komitmen Perak SADC dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat untuk masyarakat khususnya di negeri Perak.

Dalam majlis tersebut, pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Razali telah menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada Perak SADC yang diwakili Tuan Syed Aris. Perak SADC amat berterima kasih atas penghargaan ini dan berharap pihak sekolah agar terus maju dalam mendidik anak-anak SMK Jelapang Jaya.

MAJLIS APRESIASI & GRADUAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA
MAJLIS APRESIASI & GRADUAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA
MAJLIS APRESIASI & GRADUAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA