Dengan sesi persekolahan 2025 yang bakal tiba, kelengkapan sekolah baharu menjadi perkara penting yang dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk kembali ke sekolah.
Dalam usaha memenuhi keperluan tersebut, Perak SADC terus menyantuni warga kerja dan 1,121 anak-anak kakitangan Perak SADC dengan menganjurkan program bantuan tahunan iaitu Program Back To School 2025.
Program dengan kerjasama pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN), Meru, Ipoh ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan kakitangan Perak SADC yang mempunyai anak-anak yang masih belajar di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula pada 21 - 22 Januari 2025 ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif dan juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC, Encik Mohd Azhar B. Mohd Yusof dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Perak SADC, Encik Mohd Kahar Bin Mukktarudin dan Ketua Pegawai Strategik Perak SADC, Encik Asrol Azam bin Mohd Yusof.
Dalam program tersebut, Encik Mohd Azhar turut menyampaikan baucar kepada anak-anak kakitangan Perak SADC dan beramah mesra bersama anak-anak kakitangan semasa memilih kelengkapan persekolahan masing-masing.

Turut hadir dalam program tersebut Pengurus Besar Bahagian Operasi, Encik Noorasidi bin Mohamed Nordin; Pengurus Besar Korporat Sosial, En. Mohd Zaid Zulkifli; Pengurus Besar Pembangunan Tanah, Mineral & Hartanah , Puan Noor Haslina Binti Ali dan Pengurus Besar Bahagian Kewangan, En. Mohd Shahrul Zamir Bin Safaruddin.


PERAK SADC ANJUR PROGRAM BACK TO SCHOOL 2025
PERAK SADC ANJUR PROGRAM BACK TO SCHOOL 2025
PERAK SADC ANJUR PROGRAM BACK TO SCHOOL 2025