Perak SADC secara berterusan menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkasakan agenda keterjaminan makanan yang menjadi tunjang utama Pelan Perak Sejahtera 2030, sejajar dengan visi YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Pelbagai inisiatif strategik telah dilaksanakan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi merealisasikan matlamat ini. Antara pencapaian yang membanggakan termasuklah penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang telah memberikan impak signifikan terhadap pembangunan sektor pertanian dan agromakanan di peringkat negeri dan nasional.
Kejayaan agenda keterjaminan makanan ini turut diperkukuhkan melalui kerjasama erat antara pihak kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat umum yang bersatu hati dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan dapat direalisasikan dengan cemerlang.

Kesepakatan pelbagai pihak berkepentingan ini telah ditonjolkan menerusi penganjuran Majlis Aspirasi Keterjaminan Makanan Negeri Perak 2025, hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Pejabat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.
Komitmen Perak SADC dalam menjayakan agenda ini turut mendapat pengiktirafan apabila Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif dan juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof, menerima sijil penghargaan daripada YB Dato’ Seri Saarani Mohamad atas sumbangan cemerlang dalam menjayakan MAHA 2024.

Perak SADC juga positif dengan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai pihak, Perak akan menjadi contoh teladan dalam sektor pertanian dan agromakanan, serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif pada masa hadapan.

MAJLIS ASPIRASI KETERJAMINAN MAKANAN NEGERI PERAK 2025
MAJLIS ASPIRASI KETERJAMINAN MAKANAN NEGERI PERAK 2025