Majlis Iftar Ramadan bagi setiap gugusan ladang Perak SADC diteruskan lagi sempena di bulan yang mulia ini yang dianjurkan oleh Gugusan Hilir Perak, semalam.

Majlis tersebut telah berlangsung di Ladang Sungai Selinsing yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Operasi Perak SADC, En. Noorasidi B. Mohamed Noordin; Pengurus Besar Strategik & Pembangunan Perniagaan ; Encik Zulfadzli Muhd Irpan; Pengurus Besar Kewangan, En. Mohd Shahrul Zamir Bin Safaruddin, Pengurus-pengurus di Ibu Pejabat dan Ladang.

Seusai majlis berbuka puasa, turut berlangsungnya solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah bersama dengan kakitangan serta ahli keluarga yang hadir.

Selain itu, dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba, majlis diteruskan juga dengan sesi penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir dalam majlis tersebut.

Diharapkan majlis ini dapat memupuk semangat kekeluargaan dan keharmonian dalam menghayati bulan Ramadan yang penuh barakah disamping menghargai sumbangan pekerja dalam pembangunan Perak SADC.


MAJLIS IFTAR RAMADAN GUGUSAN HILIR PERAK
MAJLIS IFTAR RAMADAN GUGUSAN HILIR PERAK
MAJLIS IFTAR RAMADAN GUGUSAN HILIR PERAK