Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Perak SADC yang diadakan pada 26 Mac 2025, di Royal Perak Golf Club telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Acara ini menjadi platform dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga Perak SADC.

Encik Mohd Azhar Mohd Yusof, yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, dalam ucapan beliau, menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja dan seisi keluarga yang hadir, menjadikan majlis berbuka puasa sebagai sebuah kenangan manis yang akan dikenang.

Dalam ucapannya juga, Encik Azhar mahu seluruh warga kerja Perak SADC supaya mengambil iktibar dan pengajaran yang terkandung dalam bulan Ramadan yang menguji kesabaran, malah mengajar setiap individu untuk berdisiplin, bersikap jujur, bertoleransi, empati serta menjaga adab dan akhlak mulia agar turut diadaptasikan dalam kehidupan seharian lebih -lebih lagi di tempat kerja. 

Salah satu acara menarik dalam majlis ini adalah sesi pemberian duit raya yang diberikan kepada anak-anak kakitangan, yang telah disempurnakan oleh pihak pengurusan kanan Perak SADC dan isteri. Pemberian ini bukan sahaja menggembirakan anak-anak, malah memupuk semangat kekeluargaan yang erat dalam kalangan warga kerja.

Selain itu, majlis ini juga menjadi ruang untuk mengukuhkan ikatan antara semua yang hadir, dengan bersama-sama menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah yang menjadikan suasana lebih bermakna.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi Perak SADC, Encik Mohd Kahar Bin Mukktarudin; Ketua Pegawai Strategi Perak SADC, Encik Asrol Azam Bin Mohd Yusof, serta barisan Pengurusan Kanan Perak SADC yang turut menyertai majlis ini.

Majlis ini bukan sekadar sebuah acara berbuka puasa, tetapi juga satu simbol perpaduan dan kerjasama yang tinggi di antara pihak Pengurusan dan kakitangan Perak SADC. Semoga dengan majlis sebegini, semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan warga Perak SADC terus kukuh.


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN PERAK SADC