Kedatangan bulan Ramadan sememangnya memberikan sinar
harapan dan keceriaan kepada golongan asnaf apabila mereka diraikan melalui
Majlis Agihan Keuntungan Ladang Untuk Asnaf Lekir, Manjung di Dewan Perumahan
Penjawat Awam Amanjaya, hari ini.
Acara penyampaian agihan berkenaan ini telah diserikan
dengan kehadiran Pegawai Daerah Manjung, Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris yang
sudi meluangkan masa menyantuni sekaligus menyempurnakan majlis berkenaan.
Turut hadir sama Pengurus Korporat Sosial Perak SADC, Puan Fadzillah binti
Abdul Rashid.
Dalam majlis tersebut, Perbadanan Pembangunan Pertanian
Negeri Perak (Perak SADC) telah menyumbangkan sebanyak RM90,000 kepada 300
penerima dimana ke semua daripada individu berkenaan wang agihan sebanyak RM300
setiap seorang.
Perak SADC mengharapkan sumbangan ini mampu menghadirkan
senyuman selain meringankan beban kepada ke semua penerima dalam menyediakan
kelengkapan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
