Siri Majlis Iftar Ramadan bagi setiap gugusan ladang Perak SADC bersama pekerja ladang dan ahli keluarga diakhiri oleh Gugusan Hulu Perak yang berlangsung di Kompleks Perumahan Ladang Segar, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Operasi Perak SADC, En. Noorasidi B. Mohamed Noordin, Pengurus Besar Strategik; Pengurus Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, En Mohd Yusree B. Mohd Radzuan serta pengurus-pengurus di Ibu Pejabat dan ladang.

Seusai majlis berbuka puasa, turut berlangsungnya solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah bersama dengan kakitangan serta ahli keluarga yang hadir.

Selain itu,antara acara yang dinanti oleh anak-anak kakitangan ialah sesi penyampaian sumbangan duit raya sebagai tanda berkongsi rezeki dalam menantikan dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Diharapkan majlis dapat memupuk semangat kekeluargaan dan silaturahim dalam kalangan kakitangan Perak SADC disamping menghayati bulan Ramadan yang penuh barakah dan mulia.

GUGUSAN HULU PERAK PENUTUP SIRI MAJLIS IFTAR RAMADAN 1446H PERAK SADC