Perak SADC telah menyertai Jualan Agro Madani Pra Syawal @ Kota Tampan yang dianjurkan oleh FAMA negeri Perak bagi persediaan dan persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam program jualan itu juga, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad turut berkesempatan melawat gerai jualan daging Perak SADC, seterusnya memberi sokongan kepada usaha agensi-agensi Kerajaan Negeri khususnya dalam bidang pertanian dan penternakan yang menjadi tonggak kepada keterjaminan makanan untuk terus memastikan kelestarian bekalan makanan yang berkualiti, selamat, dan mampu milik bagi rakyat Perak, terutamanya dalam menghadapi keperluan sambutan Syawal. 

Hadir sama, Pengarah FAMA Negeri Perak, YBrs. Puan Azleena Binti Zainal Abidin; Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail, Ketua dan wakil Jabatan serta agensi terlibat.

Semoga warga sekitar mendapat manfaatnya dan dapat membuat persiapan yang sempurna untuk menyambut Syawal pada tahun ini. 


PERAK SERTAI JUALAN AGRO MADANI PRA SYAWAL @ KOTA TAMPAN
PERAK SERTAI JUALAN AGRO MADANI PRA SYAWAL @ KOTA TAMPAN
PERAK SERTAI JUALAN AGRO MADANI PRA SYAWAL @ KOTA TAMPAN