Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, En. Mohd Azhar bin Mohd Yusof berkesempatan memenuhi jemputan Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi sempena persaraan Tuan Inspektor Sahapudin Bin Shaharuddin, Ketua Unit Polis Bantuan Perak SADC, semalam.
Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Agro, Kompleks Sungai Galah ini merupakan tanda penghargaan atas khidmat cemerlang beliau sejak mula berkhidmat di Perak SADC pada Ogos 2012 sehingga persaraannya yang bakal bermula pada 2 Ogos 2025.
Terima kasih atas dedikasi, disiplin dan komitmen Tuan Inspektor selama lebih satu dekad bersama Perak SADC. Selamat maju jaya dalam fasa baharu kehidupan.
