Perak SADC bersama Kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi berkaitan telah menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah bermula 1-3 Ogos 2025 yang bertemakan "Kudrat Kami Menjamin Pertiwi" bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun HPPNK.
Melalui Pavilion Perak yang membawa agenda Perak Sejahtera 2030, Perak SADC telah mengetengahkan projek pengeluaran benih Bawang Perak yang diusahakan di Ladang Integrasi Lambor milik Perak SADC hasil usahasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Selain itu, Perak SADC juga turut mengetengahkan projek Ternakan Kerang yang merupakan inisiatif penternakan melibatkan kawasan seluas 100 ekar yang terletak di perairan Selat Melaka, dalam Mukim Sungai Tinggi, Daerah Larut Matang.
Sepanjang program berlangsung, Pavilion Perak telah menerima kunjungan daripada beberapa tetamu kehormat antaranya YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Dato' Haji Mohd Zolkafly Harun, mewakili YAB Menteri Besar Perak; Isteri kepada YB Menteri KPKM, YBhg. Datin Seri Normah Alwi; Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KPKM, YBhg. Dato' Sri Norazman Bin Ayob; serta YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato' Zahari Sarip.
Kehadiran Tetamu-tetamu kehormat telah disambut oleh Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam Pavilion Perak bagi melihat pameran dan projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Perak.

PERAK SADC SERTAI HPPNK 2025 DI SABAH: TONJOLKAN PROJEK BENIH BAWANG & TERNAKAN KERANG
PERAK SADC SERTAI HPPNK 2025 DI SABAH: TONJOLKAN PROJEK BENIH BAWANG & TERNAKAN KERANG
PERAK SADC SERTAI HPPNK 2025 DI SABAH: TONJOLKAN PROJEK BENIH BAWANG & TERNAKAN KERANG