Kunjungan hormat Perak SADC ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof bersama barisan Pengurusan Kanan Perak SADC.

Wakil LTAT pula terdiri daripada Ketua Eksekutif, Encik Mohammad Ashraf Md. Radzi, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Haizad Rizal A Aziz dan Ketua Pegawai Pelaburan, Encik Ahmad Farouk Mohamed.

Kunjungan ini merupakan langkah strategik dalam usaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua organisasi tersebut.

Perak SADC merakamkan penghargaan atas sambutan mesra daripada pihak LTAT dan berharap kunjungan ini menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama yang kukuh.