Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) selaku Pengerusi Jawatankuasa MAKSAK Perak 2025 – Lawn Bowls, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah beraksi cemerlang dalam Sesi Pemilihan Pemain MAKSAK antara Jabatan Negeri Perak yang berlangsung pada 17 Ogos 2025 di Gelanggang Lawn Bowls Perak.
Kejayaan manis turut direkodkan apabila pasukan Perak MIX SADC menewaskan SUK MIX dengan keputusan 10–1 bagi kategori perempuan, manakala pasukan MSN A mengatasi KKM dengan keputusan 9–2 bagi kategori lelaki.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pemain, jurulatih serta jawatankuasa yang terlibat atas dedikasi dan semangat kesukanan yang tinggi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada kejohanan-kejohanan akan datang.

TAHNIAH PASUKAN MAKSAK PERAK!
TAHNIAH PASUKAN MAKSAK PERAK!