Retreat ini menjadi platform penting untuk menilai pencapaian lampau, mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan, dan merangka strategi baharu yang lebih fokus, relevan dan berdaya saing bagi tempoh lima tahun akan datang.
Komitmen dan penyertaan aktif seluruh warga kerja dalam sesi ini memperlihatkan semangat kebersamaan yang menjadi asas kukuh dalam menjayakan visi dan misi Perak SADC.
Dengan perancangan strategik yang lebih terarah, Perak SADC yakin untuk terus berada di landasan yang tepat dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi negeri Perak, selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
