YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi Perak SADC telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Perak SADC Bil. 5/2025 yang telah diadakan di Ibu Pejabat Perak SADC, hari ini.
Mesyuarat ini telah membincangkan serta meluluskan beberapa inisiatif strategik dan agenda penting yang dirangka untuk memperkukuh peranan Perak SADC dalam memacu pembangunan pertanian negeri Perak.
Fokus utama mesyuarat adalah memastikan Perak SADC kekal dinamik dan berdaya saing dalam menyokong agenda pembangunan mampan negeri Perak.
Komitmen berterusan serta kerjasama erat dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah diyakini mampu mempertingkat keberkesanan pelaksanaan strategi korporat selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.

MESYUARAT KHAS LEMBAGA PENGARAH PERAK SADC BIL. 5/2025
MESYUARAT KHAS LEMBAGA PENGARAH PERAK SADC BIL. 5/2025
MESYUARAT KHAS LEMBAGA PENGARAH PERAK SADC BIL. 5/2025