Satu lawatan tapak ke Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) telah diadakan melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Perak HIP, YB Jason Ng Thien Yeong, Pengerusi Ladang Lekir Sdn. Bhd.,Ahmad Yani bin Aminuddin, barisan ahli Jawatankuasa Pemantau Projek Perak HIP, barisan ahli Jawatankuasa Pelaburan Perak SADC serta Pengurusan Kanan Perak SADC.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Manjung, Tuan Shamsul Ridzuan Idris.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memastikan pelarasan pembangunan projek yang berkesan serta menjamin kelancaran pelaksanaan projek.
Selain itu, lawatan ini juga berperanan sebagai platform bagi mengenal pasti sebarang cabaran dalam memastikan pembangunan Perak HIP berjalan lancar dan mengikut jadual.
