Perak SADC mengukuhkan komitmennya untuk memperkasa industri Halal global melalui penglibatan aktif dalam Kazakhstan Networking Session, hari ini.
Dalam satu langkah strategik, Perak SADC telah menerima jemputan khas untuk menghadiri Mesyuarat dan Pertemuan Perniagaan Bersama Syarikat Berpotensi dari Kazakhstan sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025.
Penglibatan berimpak tinggi melalui platform MIHAS 2025 ini adalah selaras dengan misi Perak SADC untuk memperluas jangkauan pasaran dan mengukuhkan rangkaian perdagangan Halal di peringkat global.

Inisiatif ini turut selari dengan aspirasi pembangunan Perak Halal Industrial Park (Perak HIP) yang sedang giat dibangunkan dan dijangka akan berkembang menjadi hab industri Halal bersepadu yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam sektor Halal.


PERAK SADC PERKASA INDUSTRI HALAL NEGERI MENERUSI KAZAKHSTAN NETWORKING SESSION
PERAK SADC PERKASA INDUSTRI HALAL NEGERI MENERUSI KAZAKHSTAN NETWORKING SESSION
PERAK SADC PERKASA INDUSTRI HALAL NEGERI MENERUSI KAZAKHSTAN NETWORKING SESSION