Majlis diadakan sebagai simbolik sokongan dan dorongan moral kepada pasukan yang akan menggalas cabaran dalam kejohanan akan datang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Mazlan Mohamad dan turut diiringi oleh wakil Perak SADC iaitu Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Tuan Haji Ismail Fahmi Abdul Rahman serta Pengurus Kanan Jabatan Pentadbiran, Puan Mahani Osman.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lawn Bowls MAKSAK Perak, Perak SADC memainkan peranan penting dalam menyelaras dan menyokong persiapan pasukan ini dari pelbagai aspek, termasuk pembangunan atlet dan logistik pertandingan.
Semoga dengan semangat berpasukan, dedikasi serta latihan rapi, pasukan ini berjaya mencipta kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negeri tercinta.
