Majlis Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Bagan Datuk telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Oktober 2025 yang menandakan kejayaan inisiatif kerajaan Negeri dalam memperkasa ekonomi rakyat luar bandar. Majlis ini menyaksikan seramai 200 penerima menerima agihan keuntungan hasil penyertaan dalam program Ladang Rakyat.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rungkup, YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya; ADUN Hutan Melintang, YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy; Pegawai Daerah Bagan Datuk selaku tuan rumah En. Nazrul Fazami Mohamad bersama wakil Ahli Parlimen Bagan Datuk, YBhg. Datuk Haji Khairuddin Tarmizi.
Kehadiran Pengurus Besar Jabatan Korporat Sosial Perak SADC, Encik Mohd Zaid Zulkifli turut menyerlahkan komitmen berterusan Perak SADC dalam memperkukuh agenda tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat terus kepada masyarakat.

MAJLIS AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH BAGAN DATUK
MAJLIS AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH BAGAN DATUK
MAJLIS AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH BAGAN DATUK