Perak SADC telah menyertai Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Pakistan-Malaysia 2025 yang berlangsung pada 6 Oktober 2025 di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Persidangan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang menyatakan komitmen untuk terus memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Dalam sesi Business-to-Business (B2B), Perak SADC bersama Eurofresh Sdn Bhd telah mengadakan perbincangan dengan Abedin International (Pvt.) Limited, sebuah syarikat pemprosesan daging utama dari Lahore, Pakistan.
Selain itu, Perak SADC turut mengadakan pertemuan dengan syarikat SV Enviro Pte Ltd dari Singapura, yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk dan pembinaan sistem rawatan air sisa industri.
Dalam kesempatan yang sama, Perak SADC juga telah mengadakan pertemuan ringkas bersama Menteri Perdagangan Persekutuan Pakistan, Encik Jam Kamal Khan.
Semoga pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dua hala serta bertukar pandangan berkenaan peluang pelaburan strategik dan sektor berpotensi yang boleh diterokai bersama pada masa hadapan.