Kursus Pembangunan Produk, Pemasaran Digital dan Pengurusan Kewangan anjuran Jabatan Korporat Sosial Perak SADC di bawah peruntukan PROSPEK Bagan Datuk (KKDW) telah berlangsung dengan jayanya dari 7 -8 Oktober 2025.
Kursus tersebut telah menghimpunkan kira-kira 50 usahawan-usahawan Perak SADC serta usahawan tempatan sekitar Bagan Datuk bagi memperkukuh keupayaan mereka dalam strategi pemasaran digital, inovasi produk, serta pengurusan perniagaan secara mampan.
Melalui perkongsian ilmu dan bimbingan berfokus, para peserta bukan sahaja memperkukuh kemahiran keusahawanan, tetapi turut memperluas jaringan dan membuka peluang baharu dalam dunia perniagaan moden.
Ini membuktikan setiap langkah kecil dalam pembelajaran hari ini adalah pelaburan besar untuk kejayaan esok. Usahawan berjaya bukan dilahirkan, mereka dibentuk melalui ilmu, usaha dan ketekunan.

KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK, PEMASARAN DIGITAL & PENGURUSAN KEWANGAN
KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK, PEMASARAN DIGITAL & PENGURUSAN KEWANGAN
KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK, PEMASARAN DIGITAL & PENGURUSAN KEWANGAN