Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad merangkap Pengerusi Perak SADC telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perak SADC Bil. 6/2025, hari ini.
Antara agenda mesyuarat kali ini ialah pembentangan prestasi kewangan Perak SADC serta hala tuju yang berkait rapat dengan peranan Perak SADC sebagai agensi peneraju pembangunan pertanian negeri.
Dalam pada itu, kehadiran barisan Ahli Lembaga Pengarah daripada pelbagai sektor strategik telah memperkukuh perbincangan dalam memastikan hala tuju agensi terus selaras dengan dasar pembangunan negeri.