Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Encik Khairudin Abu Hanipah; Pegawai Daerah Perak Tengah , Encik Mohd Zaki Abdul Rahman ; Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof dan barisan Pengurusan Kanan Perak SADC.
Program Ladang Rakyat Perak Tengah yang mula diperkenalkan sejak tahun 1997 oleh Perak SADC ini adalah salah satu inisiatif dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar serta memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
