MIHAS @ Shanghai 2025 merupakan edisi antarabangsa kali kedua anjuran MATRADE yang bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan dan memperluas pasaran halal Malaysia di luar negara yang disertai lebih 250 syarikat pempamer.
Penyertaan Perak SADC dalam MIHAS @ Shanghai 2025 bertujuan memperkenalkan Perak Halal Industrial Park (Perak HIP) kepada pelabur antarabangsa dan meneroka peluang kerjasama baharu.
Pameran ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 6 November 2025 bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke China. Pada 7 November 2025, YAB Timbalan Perdana Menteri turut melawat reruai Negeri Perak dan Perak SADC serta diberi penerangan mengenai kemajuan Perak HIP.
Perak SADC turut mengambil peluang untuk memperluas rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat antarabangsa terkemuka di China dalam usaha menarik pelaburan serta memperkukuh ekosistem pembangunan Perak HIP.
