Majlis Penutupan Minggu Integriti Perak SADC 2025 hari ini menandakan berakhirnya rangkaian program anjuran Unit Integriti dan Governans (IGU) dalam usaha memperkukuh budaya integriti serta amalan tadbir urus yang berkesan di Perak SADC.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Encik Ahmad Izral Abdul Karim, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, dengan kehadiran lebih 150 warga kerja sebagai tanda komitmen bersama terhadap pengukuhan nilai integriti dalam organisasi.
Program turut menampilkan sesi Integrity Talk oleh Da’i Ahmad Izzhaar Nazri bertajuk “Amanah Kita, Kejayaan Perak SADC”, yang memberi penekanan kepada prinsip amanah, tanggungjawab dan etika kerja profesional.
Penyampaian hadiah Pertandingan Video Pendek turut diadakan sebagai inisiatif kreatif menyampaikan mesej integriti secara lebih dekat dan berkesan kepada warga kerja.
Semoga penganjuran Minggu Integriti ini terus menyemai budaya kerja yang telus, beramanah dan berintegriti sebagai asas kecemerlangan Perak SADC pada masa hadapan.

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU INTEGRITI PERINGKAT PERAK SADC 2025