Perak SADC terus memperkukuh hala tuju melalui Bengkel Bajet 2026 yang bertemakan optimalisasi aset, pulangan lestari dan pertumbuhan seimbang, selaras dengan penekanan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof terhadap kepatuhan kepada Enakmen Perak SADC dan tanggungjawab bersama.
Perbincangan pengurusan tertinggi dan kanan menetapkan fokus jelas bagi memastikan bajet 2026 menyokong pertumbuhan mampan, kompetitif dan seimbang. Tumpuan utama adalah memperkukuh sektor sawit sebagai perniagaan teras yang mampu menjana hasil stabil serta memastikan industri kekal produktif dan relevan.
Selain itu, bengkel penyediaan bajet ini turut memberi perhatian kepada pelaburan berimpak tinggi yang mampu memacu nilai jangka panjang dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
Dalam masa yang sama, menjadi harapan agar semua pihak lebih serius dan bertanggungjawab dalam penyediaan bajet. Setiap angka yang dikemukakan mencerminkan kesungguhan kita melaksanakan amanah dan menggambarkan tahap profesionalisme serta komitmen terhadap tugasan yang dipertanggungjawabkan.

BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026
BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026
BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026
BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026
BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026
BENGKEL BAJET PERAK SADC 2026