Program Pickleball Perak SADC X Media Perak 2025 dianjurkan sebagai ruang santai untuk mengeratkan hubungan strategik antara Perak SADC, rakan media, Pejabat Menteri Besar serta Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (Stratcomm Perak). Pendekatan sukan yang ringan dan mesra ini memberi peluang kepada semua pihak untuk berinteraksi secara lebih terbuka, selesa dan positif.
Inisiatif ini turut menyemai budaya sukan sebagai jambatan komunikasi, membina kefahaman, mengukuhkan kerjasama dan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni antara organisasi.
Perak SADC amat menghargai peranan rakan media sebagai penyampai maklumat yang tepat, pembentuk persepsi masyarakat dan rakan strategik yang sentiasa bersama dalam usaha mengukuhkan reputasi Perak SADC sebagai sebuah GLC negeri yang komited kepada pembangunan Perak.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar Perak, Encik Anas bin Mohd Yusof; Pengarah Komunikasi dan Media Pejabat YAB Menteri Besar Perak, Encik Abdul Muin bin Sapidin; Setiausaha Sulit kepada YAB Menteri Besar Perak, Encik Asad Safwan bin Mazlan; Pengarah Stratcomm Perak, Encik Muhamad Iqbal Jamal bin Dato’ Wira Jamaludin; serta Pengerusi Persatuan Pengamal Media Negeri Perak (PPMP), Encik Sayed Mohd Hesham bin Syed Idris, bersama Pengurusan Kanan Perak SADC.
Semoga Program Pickleball Perak SADC X Media Perak 2025 menjadi platform berterusan untuk memupuk hubungan baik, mengukuhkan keakraban dan mengembangkan jaringan kerjasama demi manfaat bersama serta kemajuan Negeri Perak.
