GERIK,
20 Julai 2023: Bersempena dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan 2023
anjuran Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak
(Perak SADC) menawarkan 50% diskaun bagi barangan keperluan asas seperti ayam,
telur dan daging (Lenggong Beef) sempena Ulang Tahun ke-50 Perak SADC yang
berlangsung pada 20 Julai 2023 (8.30pagi – 12.00 tengah hari), bertempat
diperkarangan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik.
Bagi
mendapatkan manfaat daripada diskaun ini, warga Gerik hanya perlu mengunjungi
perkarangan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik. Inisiatif ini akan berjalan
untuk jangka masa yang terhad. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk
menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Ia adalah langkah kecil yang kami ambil
untuk membantu rakyat memperoleh akses kepada barangan keperluan asas dengan
harga yang murah.
Selain
itu, Perak SADC melalui kerjasama bersama Kedai Bergerak Negeri Perak turut
mengadakan jualan promosi istimewa dimana setiap para pengunjung yang
berbelanja lebih daripada RM10 di kedai bergerak berkenaan, layak untuk membeli
ayam segar dengan harga serendah RM10 untuk 2ekor ayam serta telur ayam
berharga RM7 sepapan. Jualan barangan keperluan seperti ini dilihat sebagai
antara daya penarik utama yang ditawarkan kepada para pengunjung untuk
mendapatkan barangan tersebut dengan harga berpatutan.
Menurut
YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Perak SADC, Dato’ Seri Saarani bin
Mohamad, program jualan murah atau subsidi barang keperluan asas membantu
mengurangkan kadar kemiskinan dalam komuniti. Dengan menjual barangan keperluan
asas yang lebih murah kepada golongan yang kurang berkemampuan, ia dilihat
mampu memastikan mereka memperoleh nutrisi yang mencukupi untuk hidup yang
sihat. Ini adalah langkah penting dalam memastikan semua individu mempunyai
peluang yang sama untuk berkembang dan memberi kesan positif kepada kesihatan
dan pembangunan komuniti.
“Penjualan
bahan mentah segar dengan harga lebih rendah daripada pasaran ini juga dapat
direalisasikan hasil daripada keprihatinan Perak SADC melalui pemberian subsidi
yang diselaraskan oleh mereka”, katanya ketika ditemui selepas Majlis
Pelancaran 50% Jualan Murah Sempena Ulang Tahun ke-50 Tahun Perak SADC sempena
Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan siri 6 di Hulu Perak.
Sementara
itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC, Haji Yahanis bin Yahya
berkata, selaku salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kami ingin
mengelakkan pembaziran dengan mengadakan acara sambutan secara besar-besaran.
Oleh hal yang demikian, tercetusnya idea pemberian 50% diskaun sempena Ulang
Tahun ke-50 Perak SADC di mana kami dapat membantu rakyat berpendapatan rendah
untuk memperoleh akses bagi mendapatkan barangan keperluan asas segar produk
pertanian berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan. Ini membantu rakyat
menjimatkan kos dan meningkatkan aksesibiliti kepada sumber makanan yang sihat.
“Dapat
menyaksikan daripada bantuan yang kita berikan kepada rakyat melalui program
sebegini can be incredibly rewarding.
Dalam
program yang sama, turut diadakan acara Penyerahan Program Pembangunan Usahawan
Ayam Kampung Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia (KKDW) bernilai
RM900,000.00 oleh Encik Faizal Shah Bin Safian Huri, Pengarah KKDW Negeri Perak
kepada Tuan Haji Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC sambil
disaksikan oleh YAB Menteri Perak dan acara penyerahan mock cheque kepada
usahawan bagi Skim Pinjaman Tanpa Faedah Perak SADC & Geran Usahawan Asnaf
Berjaya.
