SUNGAI SIPUT: Perak Agrofest 2023 berjaya mencapai matlamat penganjurannya dengan merekodkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung, melangkaui sasaran asal 60,000 pengunjung sepanjang tiga hari program berlangsung.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata sambutan terhadap Perak Agrofest 2023 di Ladang Infoternak Sungai Siput (U), yang berakhir kelmarin adalah manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memajukan sektor pertanian selari dengan agenda sekuriti makanan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
Beliau berkata, tema 'Lestari Agro Perak Makmur' dipilih sebagai mesej memelihara kelestarian pertanian tanpa mencemarkan alam sekitar supaya capaian makanan yang mencukupi dapat dinikmati segenap lapisan rakyat.
"Program yang dianjurkan kali ini menampilkan pelbagai inovasi moden dalam sektor agromakanan berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), sekali gus menyuntik semangat keusahawanan, khususnya dalam kalangan belia.
"Amat mengujakan melihat kehadiran dan penyertaan ramai anak muda dalam Perak Agrofest 2023. Penglibatan mereka diharap menjadi pemangkin merealisasikan hasrat kerajaan untuk meremajakan sektor agromakanan negara, sekali gus menjamin kelangsungan dan kemajuan sektor ini pada masa hadapan," katanya.
Berucap pada Majlis Penutupan Perak Agrofest 2023, Menteri Besar berkata, program itu merekodkan hasil jualan keseluruhan sebanyak RM1.5 juta, membabitkan pelbagai sektor seperti produk makanan dan input pertanian oleh 150 usahawan agrotani.
Perkukuh sekuriti makanan
Saarani turut berterima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) yang menerajui agenda pengukuhan sekuriti makanan dengan kerjasama pelbagai jabatan serta agensi berkaitan. Hasil usaha itu, katanya, Perak muncul negeri pertama mewujudkan pelan tindakan sekuriti makanan bermatlamat untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian secara optimum.
Majlis penutupan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC, Yahanis Yahya dan Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman serta ketua jabatan dan agensi Perak. Turut disempurnakan ialah pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Perak SADC dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah. MoU itu bertujuan mewujudkan usaha sama meneroka projek pertanian berpotensi membabitkan penternakan ikan Arowana dan lembu, selain produk makanan dan minuman, selaras dengan agenda sekuriti makanan di peringkat negeri di antara Perak SADC dan penyanyi berkenaan.
Saarani turut berterima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) yang menerajui agenda pengukuhan sekuriti makanan dengan kerjasama pelbagai jabatan serta agensi berkaitan.
Hasil usaha itu, katanya, Perak muncul negeri pertama mewujudkan pelan tindakan sekuriti makanan bermatlamat untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian secara optimum.
Majlis penutupan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC, Yahanis Yahya dan Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman serta ketua jabatan dan agensi Perak.
Turut disempurnakan ialah pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Perak SADC dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah.
MoU itu bertujuan mewujudkan usaha sama meneroka projek pertanian berpotensi membabitkan penternakan ikan Arowana dan lembu, selain produk makanan dan minuman, selaras dengan agenda sekuriti makanan di peringkat negeri di antara Perak SADC dan penyanyi berkenaan.
Jamal Abdillah atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, dilaporkan menceburi bidang penternakan lembu sejak Mei lalu, di samping penternakan ikan hiasan Arowana yang diusahakannya sejak 2009 di Bukit Merah, Perak.
