- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dengan sukacitanya
mengumumkan pelantikan YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohd Yusof sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak
SADC),berkuat kuasa 2 April 2025.
- Pelantikan ini mendapat persetujuan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani
Mohamad yang juga Pengerusi Perak SADC. Pelantikan ini juga susulan peranan beliau
sebagai pegawai yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC berikutan
tamatnya kontrak perkhidmatan YBhg. Dato' Haji Yahanis Yahya pada Disember tahun
lalu.
Perak SADC merakamkan setinggi- tinggi penghargaan di atas khidmat dan jasa bakti
YBhg. Dato' Haji Yahanis Yahya disepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Perak
SADC.
- Encik Mohd Azhar sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan Perak
SADC dan mempunyai pengalaman luas lebih 20 tahun dalam bidang pengurusan
kewangan dan tadbir urus korporat.
- Dengan pelantikan ini, Pihak Pengurusan Perak SADC mengucapkan selamat maju
jaya kepada Encik Mohd Azhar dalam menggalas tanggungjawab baharu. Semoga
kepimpinan beliau membawa transformasi positif serta kejayaan berterusan bagi Perak
SADC untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negeri Perak.